fb fb fb fb fb

Kadar pinjaman bank pusat India dinaikkan lagi

(RBI hari ini menaikkan kadar pinjaman utamanya sebanyak 50 mata asas kepada 5.90%, peningkatan
hampir dua mata peratusan sejak ia memulakan kitaran monetari yang ketat pada Mei/REUTERS)

MUMBAI, 30 September- Bank pusat India mengumumkan kenaikan kadar keempatnya dalam tempoh lima bulan, ketika ekonomi ketiga terbesar di Asia itu bergelut bawah tekanan inflasi yang tinggi dan kejatuhan nilai matawang.

Reserve Bank of India (RBI) hari ini menaikkan kadar pinjaman utamanya sebanyak 50 mata asas kepada 5.90%, peningkatan hampir dua mata peratusan sejak ia memulakan kitaran monetari yang ketat pada Mei.

"Tinjauan ekonomi global terus suram," kata Gabenor RBI, Shaktikanta Das dalam ucapan di televisyen.

Kenaikan kadar yang agresif dan unjuran buruk daripada bank pusat terkemuka lain menimbulkan "kejutan besar ketiga" kepada ekonomi dunia berikutan pandemik dan perang Ukraine, tambahnya.

(Logo Reserve Bank of India dilihat di pintu pagar pejabatnya di New Delhi, India, 9
November 2018/REUTERS)

"Kenaikan kadar baru-baru ini dan ramalan mengenai kenaikan kadar yang lebih besar telah menyebabkan pelaksanaan dasar kewangan yang ketat, turun naik yang melampau dan penghindaran risiko," kata Das.

Inflasi pengguna di India secara konsisten melebihi julat sasaran bank pusat iaitu 2.0%-6.0% tahun ini.

Data terkini menunjukkan inflasi meningkat kepada 7% pada bulan Ogos, didorong sebahagian besarnya oleh harga makanan. -AFP

Media Baharu