BANGKOK, 30 September- Mahkamah Thailand hari ini akan memutuskan sama ada jawatan Perdana Menteri yang digantung, Prayut Chan-O-Cha, perlu dikembalikan semula atau dilucutkan secara kekal.
Bantahan besar-besaran dijangka berlaku sekiranya keputusan mahkamah memihak kepadanya, yang kini masih memegang jawatan Menteri Pertahanan.
Bekas ketua tentera itu memegang kuasa sewaktu rampasan kuasa tentera pada 2014 dan dia digantung jawatan Perdana Menteri bulan lalu.
Penggantungan itu dibuat supaya mahkamah boleh meneliti 'kebanjiran' cabaran undang-undang dikemukakan parti pembangkang yang mempertikai tempoh pentadbiran Prayut yang didakwa melebihi had kuasa.
(Penunjuk perasaan memegang sepanduk semasa bantahan di Bangkok / Foto AFP)
Mengikut Perlembagaan Thailand 2017, seorang perdana menteri tidak boleh berkhidmat melebihi tempoh lapan tahun, namun penyokong Prayut dan pengkritiknya tidak bersetuju dengan tarikh bila tempoh kuasanya bermula.
Susulan pertikaian itu, keputusan mahkamah yang dijangka diumumkan petang ini dilihat sebagai jalan penyelesaian. -AFP