fb fb fb fb fb

Sweden henti menawarkan vaksin COVID-19 kepada remaja

(FOTO REUTERS)

STOCKHOLM, 30 September- Agensi Kesihatan Awam Sweden tidak lagi mengesyorkan kanak-kanak berumur 12 hingga 17 tahun mendapatkan vaksin COVID-19, memetik "risiko yang sangat rendah" untuk kumpulan itu.

Pengesyoran baharu itu akan mula berkuat kuasa pada 31 Oktober.

"Keputusan itu bermakna setakat 1 November 2022, hanya kanak-kanak dalam kumpulan rentan tertentu disyor mendapatkan vaksin COVID-19," kata agensi itu.

Pada bulan September, Britain menarik balik saranan vaksinnya untuk kanak-kanak sihat bawah umur 11 tahun.

"Secara keseluruhan kami melihat bahawa keperluan penjagaan kanak-kanak dan orang muda yang dijangkiti COVID-19 adalah rendah. Di samping itu jangkitan juga telah berkurangan sejak varian Omicron mula merebak," kata Ketua Vaksinasi Agensi Kesihatan Awam, Soren Andersson dalam satu kenyataan.

(Orang ramai berbaris untuk mendapatkan vaksin drop-in terhadap COVID-19 di stesen
Terminal, Stockholm pada 13 Jan 2022/AFP)

Bagi mereka yang berumur lebih dari 18 tahun, mereka disyor mendapatkan tiga dos, dengan dos keempat disyorkan untuk mereka yang berumur lebih 65 tahun.

Sweden menjadi tajuk utama global apabila ia enggan melaksanakan langkah-langkah kawalan ketat ketika negara-negara lain di seluruh dunia terpaksa berkurung.

Sweden menyaksikan sedikit peningkatan dalam jumlah kematian semasa musim panas, tetapi jumlah itu kini menurun.

Selepas mencatat angka kematian yang tinggi pada permulaan pandemik, negara Nordik itu kini mempunyai lebih sedikit kematian per kapita daripada purata Eropah. -AFP

Media Baharu