fb fb fb fb fb

Polis Filipina selamatkan 29 mangsa sindiket penipuan pekerjaan

(Foto fail)

MANILA, 30 September- Polis Filipina menyelamatkan 29 warga Myanmar dan China yang didakwa diperdagangkan dan dipaksa bekerja sebagai "operator penipuan dalam talian" untuk sebuah syarikat perjudian di Manila, kata pihak berkuasa.

Mereka menjadi mangsa sebuah syarikat pengendali permainan luar pesisir Filipina, atau POGO.

POGO menggaji terutamanya pekerja warga China dan menyasarkan pelanggan di negara itu yang mengharamkan perjudian.

Ada juga syarikat dikaitkan dengan penipuan pelaburan, penculikan, pelacuran dan pembunuhan.

Mangsa terbaharu, 23 dari Myanmar dan enam dari China diselamatkan dalam serbuan polis pada Khamis, kata Mejar Jeneral Eliseo Cruz kepada pemberita.

Operasi susulan akan dijalankan berdasarkan maklumat daripada mangsa, katanya, sambil menambah bahawa mangsa telah bekerja untuk syarikat yang berpura-pura mempunyai "operasi sah POGO" tetapi terbabit dalam "kegiatan haram, terutamanya dalam pemerdagangan orang".

(Polis Filipina selamatkan 29 mangsa sindiket penipuan pekerjaan/REUTERS)

Dua daripada mangsa Myanmar memberitahu polis mereka tiba di Filipina pada Mac selepas direkrut di Dubai untuk bekerja sebagai "wakil perkhidmatan pelanggan".

Pasport mereka dirampas dan mereka dipaksa bekerja 14 jam sehari, berbual dalam talian dengan bakal pelanggan dan menggalakkan mereka untuk "bermain dan melabur wang" sebagai sebahagian daripada penipuan, kata Cruz.

Mereka hanya menerima gaji sebulan.

Pemberi maklumat berkata mereka cuba meletak jawatan dan pulang ke negara asal, tetapi dipindahkan ke syarikat lain dan diarah membayar 550,000 peso (AS$9,400) setiap seorang.

Tidak mahu bekerja dan tidak mempunyai wang untuk membayar, "mereka dikurung di dalam bilik, dipukul dan dikenakan renjatan elektrik dengan menggunakan taser elektrik tanpa makanan dan air", kata Cruz.

Mereka kemudian dijual dengan harga 3.5 juta peso kepada syarikat lain dan diberitahu mereka perlu membayar balik wang itu. -AFP

Media Baharu