JAKARTA, 1 Ogos- Presiden Indonesia Prabowo Subianto berkata, pentadbirannya yang akan datang akan mengekalkan hubungan dengan Rusia selepas bertemu dengan rakan sejawatnya Vladimir Putin.
Beliau turut mengharapkan kerjasama lebih kukuh dalam pertahanan, tenaga dan pendidikan.
Prabowo, akan mengambil alih jawatan Presiden Indonesia daripada Joko Widodo pada Oktober depan.
"Kami menganggap Rusia sebagai kawan baik," katanya dalam satu kenyataan daripada Kementerian Pertahanan.
"Saya ingin terus mengekalkan dan meningkatkan hubungan ini. Menurut rekod sebelum ini, Rusia sentiasa membantu Indonesia dalam banyak aspek ketika berdepan kesukaran."
Prabowo juga menyatakan hasrat untuk meneruskan perkongsian dalam pertahanan dan tenaga nuklear, serta menghantar pelajar Indonesia ke Rusia dalam bidang perubatan.
Prabowo mengadakan lawatan Moscow beberapa bulan selepas melawat Beijing untuk bertemu Presiden China Xi Jinping bagi meningkatkan "hubungan kedua-dua negara" antara Indonesia dengan China.
Dalam pada itu, Prabowo bercadang untuk menjalin hubungan dengan mana-mana negara, sama ada China atau Amerika Syarikat.
Putin menerusi laporan agensi berita negara Rusia TASS berkata, negara itu bersedia untuk "meningkatkan bekalan produk pertanian, melaksanakan projek pelaburan dalam bidang tenaga, pengangkutan dan infrastruktur."
Sementara itu Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov menerusi laporan sama berkata, peranan Indonesia dalam perang di Ukraine disifatkan sebagai operasi khas, "berkembang dengan ketara pada masa kini".
Pada 2023, Prabowo mencadangkan penyelesaian damai untuk perang yang merangkumi gencatan senjata dan zon demilitarisasi dalam ucapan pada sidang kemuncak keselamatan Dialog Shangri-La di Singapura.- REUTERS