fb fb fb fb fb

Polis Ukraine menggali mayat tiga orang awam

BORODIANKA, 3 Mac- Pasukan forensik Ukraine menggali kubur mayat tiga orang awam, dipercayai ditembak mati ketika menjadi tahanan tentera Rusia.

Wartawan AFP melihat pakar forensik membawa tiga beg plastik hitam mengandungi mayat dari sebuah tanah perkuburan di Borodianka, barat laut ibu negara.

Menurut ketua polis Kiev, Andriy Nebytov, salah seorang mangsa merupakan penduduk di kejiranan tersebut berusia 50 tahun yang terbunuh dalam kereta.


(Ketua polis Kiev, Andriy Nebytov/Foto AFP)

"Identiti dua mangsa yang lain sedang dipastikan," katanya kepada wartawan.

Beg-beg mayat itu diletakkan di dalam van forensik dan dibawa pergi untuk analisis lanjut di makmal di Kiev.

"Menurut pemeriksaan awal, kami percaya bahawa ini adalah luka terkena tembakan. Punca kematian akan ditentukan oleh pakar," kata Nebytov.

Mayat itu dikebumikan ketika bandar itu masih diduduki tentera Rusia.

Nebytov berkata, setakat ini 1,373 mayat orang awam, termasuk tiga di Borodianka, telah ditemui di wilayah Kiev sejak tentera Rusia berundur berikutan percubaan yang tidak berjaya untuk merampas ibu negara Ukraine.

Lebih separuh daripada mereka maut akibat di tembak, katanya.

Sumber Barat menganggarkan kira-kira 30,000 hingga 40,000 orang awam terbunuh di Ukraine sejak permulaan pencerobohan pada 24 Februari tahun lalu.

Menurut angka PBB yang dikeluarkan bulan lalu, sekurang-kurangnya 8,000 orang awam telah mati dan hampir 13,300 telah cedera di Ukraine.

Kes ini hanya disahkan oleh PBB, yang dipercayai jumlah kematian sebenar mungkin lebih tinggi. -AFP

Media Baharu