fb fb fb fb fb

Dua cedera dalam kebakaran bangunan di Hong Kong

(Kebakaran berlaku di bangunan pejabat di Tsim Sha Tsui, di Hong Kong pada awal 3 Mac 2023 / Foto AFP)

HONG KONG, 3 Mac- Sebuah bangunan pencakar langit yang sedang dalam pembinaan di tengah-tengah bandar Hong Kong telah hangus terbakar pada hari ini.

Menurut pegawai bomba, dua orang cedera dirawat akibat daripada kejadian kebakaran tersebut dan kebakaran di Tsim Sha Tsui di hadapan pelabuhan bandar itu sebahagian besarnya berjaya dipadamkan pada 8:30 pagi waktu tempatan, selepas sembilan jam ia mula meletus.


(Anggota bomba memadamkan kebakaran yang berlaku di bangunan
pejabat di Tsim Sha Tsui, di Hong Kong pada awal 3 Mac 2023 / Foto AFP)

Pihak polis pula memberitahu AFP bahawa 170 orang dari blok kediaman berdekatan telah dipindahkan ke jarak selamat apabila bara api tersebut jatuh ke tanah.

Sementara itu, menurut pihak berkuasa, kesesakan lalu lintas telah berlaku apabila bahagian utama jalan raya Nathan Road di kawasan tersebut ditutup. Ini kerana ia merupakan salah satu laluan pengangkutan utama di Hong Kong.

Kebakaran bermula dari bahagian atas bangunan itu jelas kelihatan di seberang pelabuhan.Sejam kemudian, api telah merebak ke seluruh bangunan.

Pelancong Jepun, Tosho Sai, yang tinggal di bangunan berhampiran berkata, seorang pengawal keselamatan memberitahu semua orang di tingkatnya supaya keluar dari kediaman, selepas tingkap di unit sebelah terkena bara api akibat kebakaran yang berlakudi bangunan sebelah.

Seorang pengembara pula yang melalui tapak itu berkata dia melihat banyak serpihan bangunan yang terbakar jatuh ke bawah.

Bau busuk akibat kebakaran tersebut meresap ke udara, kata seorang wartawan AFP di tempat kejadian.

Api dilihat di atas bumbung sebuah menara pejabat di seberang jalan pada kira-kira 3:30 pagi, mencetuskan kebimbangan mengenai kebakaran yang lebih luas di kawasan yang dibina padat itu.

Pegawai kanan jabatan bomba Keung Sai-ming berkata bara telah mencetuskan dua kebakaran di bumbung bangunan berhampiran, tetapi berjaya dipadamkan.

“Malam tadi berlaku angin kencang, yang menyebabkan api menyambar ke arah lima bangunan berhampiran,” katanya.

Bangunan itu dinamakan sebagai "ikon tepi pelabuhan" 42 tingkat dalam pembuatan, bertujuan untuk menempatkan Kelab Mariners' yang bersejarah dan sebuah hotel baharu, menurut laman web pemajunya, Empire Group.

Projek pembangunan bangunan tersebut bernilai HK$6 bilion ($764 juta) asalnya dijangka siap pada separuh pertama 2023, menurut media tempatan.- AFP

Media Baharu