fb fb fb fb fb

Polis Melaka teruskan program Hari Bertemu Pelanggan

BANDA HILIR, 2 Mei- Polis Melaka akan meneruskan program Hari Bertemu Pelanggan di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah pada masa akan datang.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata program itu adalah platform terbaik masyarakat untuk mendapatkan maklumat, saluran dan agensi yang betul dalam mencari penyelesaian permasalahan yang mereka hadapi.

Ia menerima sambutan yang menggalakkan sejak mula dianjurkan.

"Jadi gunakanlah platform ini untuk makluman kita sekurang-kurangnya kita menerangkan sejauh mana boleh buat semakan terhadap siasatan-siasatan ataupun aduan yang telah dibuat sebelum ini.

"Sesetengah mereka tidak faham prosedur ataupun kaedah perlu kami ambil untuk menangani sesuatu masalah itu. Jadi peranan kami di sini bersama dengan ketua bahagian saya menerangkan, cuba membantu bagaimana mencari solusi yang lebih baik supaya permasalahan dia dapat diselesaikan.” kata Christopher kepada media di sini.

Sementara itu, pengunjung yang hadir amat berpuas hati. Inisiatif ini bukan setakat memudahkan masyarakat menyelesaikan permasalahan mereka malah dapat mendekatkan masyarakat dengan pihak polis.

"Kita memang puas hatilah kenapa kita selalu buat laporan macam tidak hendak layan sangat jadi sekarang kita datang ini kita boleh faham cara polis (menjalankan tugas),” kata peniaga, Ng Shan Er.

(Asisten Komisioner Christopher berkata program itu adalah platform terbaik masyarakat untuk
mendapatkan maklumat, saluran dan agensi yang betul dalam mencari penyelesaian permasalahan)

Media Baharu