fb fb fb fb fb

Cuaca panas: KPM keluarkan garis panduan sekolah

(Foto fail)

CYBERJAYA, 2 Mei- Kementerian Pendidikan mengeluarkan surat siaran dan garis panduan susulan cuaca panas melampau di beberapa negeri.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Dasar dan Kurikulum), Dr. Ahmad Rafee Che Kassim berkata, pihak sekolah boleh memohon untuk menangguh sesi persekolahan sekiranya suhu panas melebihi 37 darjah celsius selama tiga hari berturut-turut.

"Semua pihak khususnya di sekolah hendaklah memantau kesihatan murid-murid kita dan guru-guru. Elakkan aktiviti luar yang panas dan ingatkan murid agar kerap minum air. Ibu bapa juga diharap dapat sama-sama membantu menangani isu ini," katanya dalam majlis Prapelancaran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 di sini.

(Dr. Ahmad Rafee berkata KPM keluarkan garis panduan sekolah)

Media Baharu