fb fb fb fb fb

JKNJ sedia dedah laporan penuh kes budak 12 tahun maut akibat strok haba

(Airiel Syahren, 12 tahun disahkan meninggal dunia oleh doktor akibat 'septic shock secondary to meningoencephalitis' di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom semalam)

KLUANG, 2 Mei - Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) sedang menyediakan laporan lengkap berhubung kematian seorang murid berusia 12 tahun disyaki maut akibat strok haba di sini, semalam.

Exco Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, pihaknya sudah menerima maklumat laporan awal mengenai kanak-kanak terbabit.

"JKNJ akan mengeluarkan kenyataan sebaik laporan penuh kes itu siap hari ini juga.

"JKNJ sedang menyiapkan laporan penuh agar maklumat lebih tepat mengenai punca sebenar kejadian dapat didedahkan kepada umum.," katanya ketika dihubungi RTM.

Terdahulu, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun meninggal dunia kira-kira 7 pagi Isnin, disyaki disebabkan strok haba.

Bapanya Syahrol Azmi Mohd Hekak, 42, berkata anak keduanya Airiel Syahren disahkan meninggal dunia oleh doktor akibat 'septic shock secondary to meningoencephalitis' di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK).

Tambahnya, anaknya mengalami simptom demam tidak berpeluh, kekejangan otot, muntah, terkencing, terberak dan meracau kira-kira 10 malam Ahad lalu.

Media Baharu