fb fb fb fb fb

KPDN umum harga minyak masak sawit kekal 

SEPANG, 2 Mei- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengumumkan harga runcit maksimum minyak masak sawit tulen kemasan botol kekal bagi tempoh 8 Mei hingga 7 Jun ini.

Ia sekali gus membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup dan menangani isu kenaikan harga bagi mengelakkan kesan kepada pengguna.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kerajaan sentiasa memastikan bekalan minyak ini mencukupi dan harga tidak dinaikkan.


(Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),
Datuk Seri Salahuddin Ayub)

"Kerajaan telah menampung subsidi sebanyak RM5 juta untuk memastikan minyak botol kemasan lima kilo itu kekal pada harga RM30.90", katanya dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tambah beliau, pengekalan harga runcit minyak masak dalam botol ini melibatkan pembayaran subsidi kepada pengilang-pengilang penapis secara tuntutan bayaran balik berdasarkan bilangan tuntutan sebenar.

Mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksima boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Media Baharu