fb fb fb fb fb

Kebakaran: Empat termasuk dua kanak-kanak selamat

KLANG, 1 Mei- Empat individu termasuk dua kanak-kanak terselamat selepas berjaya keluar dari kediaman mereka yang terbakar.

Insiden di Klang pada awal pagi tadi itu dipercayai terjadi ketika mereka sedang tidur.

Menurut Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor, Zulfikar Jaffar, panggilan kecemasan mengenai kejadian di Kampung Hamid Tuah itu diterima pukul 1.35 pagi.

Sebaik tiba mereka mendapati 50 peratus daripada premis terbabit sedang terbakar.

Semua mangsa berjaya keluar menyelamatkan diri terlebih dahulu tanpa mengalami kecederaan.

Api berjaya dipadamkan sepenuhnya sekitar pukul 2 pagi.

Punca sebenar insiden dan jumlah kerugian sedang dikenal pasti.


(Sebaik tiba pihak bomba mendapati 50 peratus daripada premis terbabit sedang terbakar)

Media Baharu