(FOTO FB Onn Hafiz Ghazi)
JOHOR BAHRU, 2 Mei- Beberapa fasiliti Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) akan ditambah baik.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelaksanaannya bertujuan mengurangkan kesesakan trafik.
Beliau berkata penambahbaikan di BSI, libatkan pemasangan CCTV di kaunter, penggabungan kaunter dan ubahsuasi E-Gate.
Selain itu, pemasangan penghalang darat automatik, penambakan bumbung di M Bike dan penyenggaraan pendingin hawa.
Di KSAB pula, melibatkan kerja-kerja pembaikan bumbung di dewan penumpang.
Penelitian sedang dibuat terhadap cadangan pemasangan penghadang jalan untuk penyuraian trafik sebelum checkpoint dan keperluan bas henti-henti dari RNR ke KSAB.
Perkara tersebut mendapat persetujuan hasil perbincangan antara kerajaan Johor dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Pengurusan), Datuk Zakaria Shaaban semasa meninjau BSI pagi tadi.
(FOTO FB Onn Hafiz Ghazi)
Sementara itu, waktu pertukaran syif semasa waktu puncak di kedua-dua CIQ tersebut akan dikaji bagi menyelesaikan isu kekurangan pegawai dan tuntutan elaun lebih masa.
Ia sekali gus, mengatasi kesesakan di kawasan berkenaan.
KDN turut memberi jaminan kebajikan kakitangan dan pengguna akan jadi keutamaan dengan menambah baik ruang rehat dan keselesaan kaunter.