fb fb fb fb fb

Polis lepas gas pemedih mata halang protes “Block Everything” di Paris

Polis Perancis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang menyekat lalu lintas di bulatan Pres d’Arenes, Montpellier dalam protes besar-besaran digelar “Block Everything”/ Foto REUTERS

PARIS, 10 September – Polis Perancis melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan sekumpulan belia yang menyekat pintu masuk sebuah sekolah menengah di Paris, pada Rabu, dalam protes besar-besaran digelar “Block Everything”.

Seorang guru merangkap ahli kesatuan yang turut serta berkata beliau menentang dasar penjimatan kerajaan dan menuntut lebih banyak peruntukan untuk sekolah serta hospital.

Gerakan itu yang bermula di media sosial pada Mei lalu, pada awalnya dipelopori kumpulan sayap kanan sebelum diambil alih oleh kelompok kiri dan kiri radikal. Ia kini menjadi platform bantahan terhadap dasar kerajaan.

Selain sekolah, penunjuk perasaan turut cuba menyekat jalan utama di sekitar ibu kota namun gangguan lalu lintas dilaporkan minimum.

Polis Paris memaklumkan 75 individu ditahan setakat ini.

Kerajaan tidak mengambil risiko dan mengerahkan 80,000 anggota polis di seluruh negara bagi menghadapi kemungkinan sekatan di lapangan terbang, stesen kereta api dan lebuh raya.

Pihak berkuasa menjangkakan sehingga 100,000 orang menyertai gerakan itu. -REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN