PORT-AU-PRINCE, 18 Julai - Polis Kenya melakukan rondaan dengan kenderaan berperisai sehari selepas ketibaan 200 anggota tambahan dari Afrika sebagai sebahagian daripada misi keselamatan multinasional, kata pegawai tempatan.
Kenderaan yang membawa tentera Kenya dan polis Haiti itu mengawal kawasan sekitar Istana Negara dan bahagian lain Port-au-Prince.
Beberapa das tembakan dari kenderaan itu didengari itu, menurut seorang wartawan AFP sambil menambah tidak jelas sama ada tembakan itu dilepaskan polis atau kumpulan bersenjata yang mengawal 80 peratus ibu kota.
Tahun lalu Kenya banyak mengegetuai pasukan antarabangsa untuk membantu Haiti menangani keselamatan penduduknya Haiti.
Kenya kini telah menghantar kira-kira 400 anggota ke Haiti, dengan 200 pada 25 Jun dan 200 pada Selasa dan menyatakan akan menghantar 600 lagi anggota dalam beberapa minggu akan datang.
Amerika Syarikat menolak menghantar pasukan, tetapi menyumbang dana dan sokongan logistik kepada misi itu.
Keganasan di Haiti telah lama berlaku oleh kumpulan pengganas dan keadaan bertambah teruk bermula Februari lalu apabila kumpulan bersenjata melancarkan serangan terkoordinasi di Port-au-Prince.
Keganasan di Port-au-Prince telah menjejaskan keselamatan makanan dan akses bantuan kemanusiaan, dengan kebanyakan bandar dengan banyak jenayah seperti pembunuhan, rogol, rompakan dan penculikan telah berlaku. - AFP