fb fb fb fb fb

Polis keluarkan waran tangkap kepada Imran Khan

PAKISTAN, 6 Mac- Bekas Perdana Menteri, Imran Khan yang berdepan beberapa kes undang-undang gara-gara menekan kerajaan untuk mengadakan pilihan raya lebih awal, diburu polis.

Pegawai polis dari Islamabad, tiba di kediaman Imran dekat timur bandar Lahore yang dikelilingi ratusan penyokong sehingga pihak berkuasa gagal menahan bekas Perdana Menteri itu.


(Bekas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan berucap pada
sidang akhbar tahun lalu/Foto fail Reuters)

Menurut superintendent polis, Imran Khan dikatakan enggan menyerah diri.

Waran penahanan dikeluarkan selepas Imran gagal hadir di mahkamah atas satu kes rasuah pada 28 Februari.

Imran dituduh gagal mengisytiharkan hadiah yang diterimanya ketika menjadi Perdana Menteri atau keuntungan setelah menjual barangan itu.

Imran sebelum ini ditembak di bahagian kaki semasa perhimpunan tahun lalu, didakwa cuba mengganggu politik di negara itu sejak dipecat sebagai perdana menteri menerusi undi tidak percaya pada April tahun lalu. -REUTERS

Media Baharu