fb fb fb fb fb

Masuk Britain secara haram, individu ditegah tinggal di negara itu

(Penyelamat RNLI, semasa operasi menyelamat bot pendatang yang hilang,
di Pelabuhan Dover, Britain 14 Disember 2022 / Foto Reuters)

LONDON, 6 Mac- Mana-mana individu yang tiba di Britain secara haram, akan dihalang daripada tinggal di negara itu.

Demikian menurut Perdana Menteri, Rishi Sunak dalam satu wawancara yang disiarkan pada Ahad.


(Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak / Foto Reuters)

Ketegasan itu disuarakannya susulan satu perundangan baharu yang dijangka ditetapkan minggu depan.

Ini bagi menangani isu migran yang tiba di Britain, menyaksikan lebih 45,000 orang melintasi ke negara itu secara bahaya melalui selat Eropah.

Tahun lalu, bekas Perdana Menteri, Boris Johnson bersetuju dengan satu perjanjian untuk menghantar pulang ratusan migran yang kebanyakannya dari Afghanistan, Syria dan negara lain yang dibelenggu perang.

Dasar itu bagaimanapun menghadapi pertikaian undang-undang selepas penerbangan pertama menghantar mereka pulang seperti dirancang disekat termasuki injunksi, pada saat akhir. - REUTERS

Media Baharu