fb fb fb fb fb

Angka kematian meningkat, kebakaran di depoh bahan api

(Pemandangan udara kawasan perumahan, selepas kebakaran berlaku di stesen simpanan bahan api
yang dikendalikan oleh syarikat tenaga negara Indonesia Pertamina, di Jakarta / Foto Reuters)

INDONESIA, 6 Mac- Angka kematian akibat kebakaran besar di sebuah depoh bahan api di Indonesia meningkat kepada 19 orang pada Ahad, dengan tiga lagi masih hilang.

Menurut data di pos kecemasan yang ditubuhkan selepas kebakaran itu, sekurang-kurangnya 35 orang melecur teruk.


(Presiden Indonesia, Joko Widodo / Foto Reuters)

Kebakaran besar itu turut memusnahkan kediaman yang berhampiran depoh milik syarikat Pertamina yang terletak di daerah berpenduduk padat di Jakarta Utara.

Punca letupan masih dalam siasatan, tetapi Pertamina berkata ia berkemungkinan disebabkan kebocoran pada saluran paip.

Sementara itu menurut Presiden Indonesia, Joko Widodo, penduduk yang tinggal berhampiran stor simpanan bahan api yang terbakar akan dipindahkan.

Alternatif lain tambahnya adalah dengan memindahkan depot bahan api itu ke sebuah lokasi lebih selamat.

Keputusan itu terpulang kepada Menteri Perusahaan Milik Negara, Erick Thohir, Pertamina dan Gabenor Jakarta, Heru Budi Hartona sambil menegaskan tiada siapa boleh tinggal berhampiran fasiliti terbabit. -REUTERS

Media Baharu