fb fb fb fb fb

Kem pelarian Rohingya terbakar

(Kebakaran marak di kem pelarian Rohingya di Balukhali di Cox's Bazar, Bangladesh/Foto Reuters)

DHAKA, 6 Mac- Sebuah kem yang sesak dengan pelarian Rohingya dekat selatan Bangladesh terbakar.

Kebakaran mengakibatkan ratusan pelarian hanya tinggal sehelai sepinggang.


(Kem pelarian Rohingya yang musnah selepas kebakaran berlaku digambarkan,
di Cox’s Bazar, Bangladesh/ Foto Reuters)

Bagaimanapun menurut pegawai perkhidmatan bomba, tiada kematian direkodkan dalam kejadian yang berlaku di kem Balukhali di daerah Cox's Bazar.

Manakala menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menerusi satu hantaran di Twitter, sukarelawan pelarian Rohingya dikatakan bertindak balas terhadap kebakaran sambil dibantu agensi lain.

Lebih sejuta pelarian Rohingya melarikan diri ke Bangladesh dari Myanmar dalam tempoh lebih beberapa dekad lalu.

Ia termasuk sekitar 740,000 yang melintasi sempadan bermula Ogos 2017 apabila tentera Myanmar melancarkan serangan keras yang kejam.

Situasi di Myanmar memburuk sejak tentera mengambil alih negara itu pada 2021 dan cubaan untuk menghantar pelarian itu ke negara asal mereka, gagal. -REUTERS

Media Baharu