fb fb fb fb fb

Polis Kanada dihantui serangan siber

FOTO HIASAN

OTTAWA, 24 Februari- Polis Kanada RMCP berkata pada hari Jumaat bahawa pasukan itu sedang menyiasat dan pada masa sama cuba menghentikan serangan siber  ke atas rangkaiannya.

"Situasi ini sangat membimbangkan," kata jurucakap polis persekutuan Marie-Eve Breton dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa pasukan itu kini sedang menguruskan ancaman itu secara aktif.

Tiada maklumat diberikan mengenai punca serangan.

RCMP telah melancarkan penyiasatan ke atas pelanggaran itu serta berikrar untuk menahan mereka yang bertanggungjawab.

Menerusi bantuan daripada agensi kriptologi nasional Kanada yang menyediakan Ottawa dengan keselamatan IT dan perisikan isyarat asing, ia berkata pihaknya masih menilai 'keluasan serangan' dan skop pelanggaran keselamatan terlibat.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE