fb fb fb fb fb

PM Thailand hentikan perjalanan ke luar negara selama dua bulan akibat dikritik

Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin berkata hari ini bahawa beliau akan menghentikan perjalanan ke luar negara selama dua bulan apabila kritikan orang ramai terhadap lawatannya ke luar negara semakin meningkat. — Gambar Reuters

BANGKOK, 20 Mac- Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin akan menangguhkan perjalanan ke luar negara selama dua bulan apabila kritikan orang ramai terhadap lawatannya ke luar negara semakin meningkat.

"Saya ambil maklum komen dan kebimbangan anda. Mulai 14 Mac hingga 15 Mei, saya tidak akan melancong ke luar negara," tulisnya di aplikasi X.

Srettha dilaporkan menghabiskan kira-kira satu pertiga daripada enam bulannya di luar negara untuk mempromosikan pelaburan di Thailand dengan terbaharu di ekspo pelancongan Berlin.

Namun kembaranya itu mengundang kritikan kerana tidak memberi tumpuan kepada isu domestik seperti pencemaran bandar.

"Rekod baharu enam bulan sebagai perdana menteri, di luar negara di 16 negara.

"Ada apa-apa keputusan? Terbang ke sini, terbang ke sana," tulis Senator Somchai Sawangkarn secara sinis di X. -REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI