fb fb fb fb fb

PM Palestin kritik beberapa negara hentikan pembiayaan kepada UNRWA

Foto AFP

RAMALLAH, 28 Januari- Jurucakap Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengkritik keputusan sesetengah negara menghentikan sementara pembiayaan kepada agensi pelarian Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk Palestin (UNRWA).

Britain, Itali, Belanda dan Finland menjadi negara terbaharu menghentikan sementara pembiayaan agensi PBB untuk rakyat Palestin di Gaza.

Keputusan itu susulan dakwaan beberapa kakitangan negara terbabit terlibat dalam serangan Hamas pada 7 Oktober lalu ke atas Israel.

Amerika Syarikat, Australia dan Kanada pula telah menghentikan pembiayaan kepada agensi bantuan, sumber sokongan kritikal bagi penduduk di Gaza.

Agensi UNRWA telah membuka siasatan ke atas beberapa pekerja dan memutuskan hubungan dengan orang-orang yang terlibat.

Sementara itu, Israel telah menuduh UNRWA mempunyai hubungan dengan pejuang Islam di Gaza.

UNRWA sentiasa menolak tuduhan serupa dan menegaskan ia adalah agensi bantuan dan kemanusiaan.

UNRWA ditubuhkan untuk membantu pelarian perang dan menyediakan perkhidmatan pendidikan, kesihatan dan bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza, Tebing Barat, Jordan, Syria dan Lubnan.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM