FOTO REUTERS
OTTAWA, 1 Februari - Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau pada Isnin (31 Januari) mengesahkan telah dijangkiti COVID-19.
Beliau bagaimanapun dalam keadaan baik dan akan terus bekerja dari rumah.
"Pagi ini (Isnin), saya diuji positif COVID-19. Saya berasa baik dan akan bekerja dari rumah sambil mengikuti garis panduan kesihatan awam. Orang ramai sila dapatkan suntikan vaksin dan juga dos penggalak," katanya dalam catatan di Twitter.
Minggu lalu, Trudeau berkata salah seorang anaknya disahkan positif virus itu.
Beliau kemudian memulakan pengasingan diri dan bekerja dari rumah.