fb fb fb fb fb

Lengkap dos penggalak, syarat baharu guna pengangkutan awam

FOTO AFP

RIYADH, 1 Februari- Berkuat kuasa Selasa depan, status vaksinasi dilengkapi dos penggalak menerusi aplikasi Tawakkalna diperlukan untuk individu yang ingin menggunakan kenderaan darat, laut atau kereta api di sini.

Bagaimanapun, kumpulan yang diberi kelonggaran daripada mendapatkan vaksin dikecualikan daripada peraturan tersebut.

Pihak Berkuasa Pengangkutan Awam Arab Saudi berkata, keputusan itu meliputi penggunaan kereta api, teksi, kereta sewa, bas penumpang untuk keluar atau masuk ke bandar serta feri antara pulau Jazan dan Farasan.

"Ia juga terpakai untuk kemasukan ke ibu pejabat dan cawangan Pihak Berkuasa Pengangkutan Awam, pusat perkhidmatan perniagaan, serta stesen pengangkutan," katanya.

Peraturan baharu itu dilaksana bagi memberi jaminan persekitaran selamat selaras dengan saranan pihak berkuasa kesihatan mengenai pengambilan dos penggalak. -AFP

Media Baharu