fb fb fb fb fb

COVID-19: Purata kematian di AS pada tahap membimbangkan

FOTO AFP

WASHINGTON, 1 Februari- Purata kes kematian akibat COVID-19 selama tujuh hari di Amerika Syarikat (AS) meningkat ke tahap membimbangkan apabila mencecah 2,259 kes pada Rabu lepas.

Ia merupakan kadar tertinggi sejak kali terakhir dicatatkan pada musim sejuk lalu yang menunjukkan kenaikan kes secara mendadak.

Kes harian pula menunjukkan penyusutan 13 peratus dalam tempoh sama iaitu sebanyak 639,723 sehari.

AS merekodkan lebih sejuta kes harian COVID-19 pada 3 Januari lalu termasuk 1,688 kematian.

Meskipun kes menurun di AS, pakar penyakit berjangkit terkemuka negara itu, Dr Anthony Fauci, memberi amaran masih terlalu awal untuk kembali kepada keadaan normal sepenuhnya.

Terdapat laporan menyatakan, jumlah kes COVID-19 yang masih tinggi boleh menggugat sistem hospital dan mencetuskan kebimbangan.

Ancaman lain juga berkemungkinan boleh berlaku seperti penularan subvarian Omicron yang lebih pantas merebak.

Walaupun varian itu menyumbang kurang satu peratus kes di negara berkenaan, AS tetap dalam keadaan berwaspada.

AS kekal sebagai negara paling teruk terjejas akibat COVID-19 dengan mencatatkan 75,578,076 kes jangkitan termasuk 907,190 kematian setakat ini. -AFP

Media Baharu