fb fb fb fb fb

Tumpahan minyak: Ribuan batu karang diancam kemusnahan

FOTO AFP

BANGKOK, 1 Februari- Ribuan batu karang berdekatan pantai Ao Prao di Timur Thailand kini diancam kemusnahan susulan kebocoran saluran paip milik sebuah syarikat penapisan minyak.

Ketua operasi pembersihan, Artorn Charapinyo memberitahu, keadaan semakin membimbangkan di sebuah teluk kecil di Koh Samet yang turut menjadi pulau tumpuan pelancong.

Dianggarkan kira-kira 50,000 liter minyak mentah bocor daripada saluran paip itu yang ditolak arus serta mencemarkan pesisir pantai dengan jarak lebih dua kilometer.

Pantai Mae Ramphueng di wilayah Rayong diisytiharkan sebagai kawasan bencana selepas kejadian tersebut pada Jumaat lalu.

Imej satelit daripada Agensi Pembangunan Teknologi Geo-Informatik dan Angkasa (GISTDA) Thailand menunjukkan tompokan minyak sudah merebak ke kawasan seluas 67km persegi. - AFP

Media Baharu