fb fb fb fb fb

PM Itali selar serangan Israel terhadap pasukan UNIFIL di selatan Lubnan

Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni / Foto AFP

BEIRUT, 19 Oktober - Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni menyelar serangan Israel terhadap pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di selatan Lubnan.

Dalam sidang media di Beirut, beliau menyifatkan serangan tersebut sebagai tidak boleh diterima.

Seterusnya, sekali lagi meminta semua pihak berusaha memastikan keselamatan setiap anggota Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL), terjamin.

Terdahulu, Meloni tiba di Lubnan sekali gus menjadi ketua negara atau kerajaan pertama yang melawat Lubnan, sejak peningkatan konflik antara Israel dengan Hizbullah.

Itali mempunyai kira-kira 1,000 tentera ditugaskan selaku pasukan pengaman PBB di Lubnan. -AFP

Trainee2