ADDIS ABABA, 19 Oktober - Empat belas individu dikhuatiri hilang selepas bot muatan tandan pisang terbalik di sebuah tasik di selatan Ethiopia semalam.
Pejabat komunikasi zon Gamo berkata, bot itu dilaporkan karam pada Khamis di Tasik Chamo, selatan ibu negara Addis Ababa.
Dua individu yang berpaut pada tong jerry berjaya diselamatkan manakala usaha mencari penumpang lain sedang dijalankan.
Ketika kejadian, seramai 15 pekerja yang bertugas sedang memunggah puluhan tandan pisang.
Punca bot tenggelam masih belum dikenal pasti.
Tasik Chamo di Lembah Rift Besar mempunyai kedalaman sedalam 14 meter yang juga menjadi habitat buaya dan badak air.