fb fb fb fb fb

Pintu sempadan New Zealand dibuka, selepas 2 tahun ditutup


NEW ZEALAND, 5 Februari - New Zealand, membuka semula pintu sempadannya, setelah hampir 2 tahun ditutup dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

Perdana Menteri Jacinda Ardern memaklumkan, warga negara yang berada di Australia dan lengkap vaksinasi boleh pulang ke negara itu bermula 27 Februari tanpa perlu dikuarantin.

Bagi warganegara yang berada di negara lain, mereka juga dibenarkan pulang dua minggu selepas tarikh tersebut.

Bagaimanapun pelancong dari Australia dan negara tanpa visa tidak dibenarkan masuk sehingga Julai. - REUTERS

Media Baharu