fb fb fb fb fb

Rusia, China: Umum pakatan global dengan kecenderungan antibarat

BEIJING, 5 Februari - Presiden Rusia, Vladimir Putin; dan Presiden China Xi Jinping mengumumkan pakatan global dengan kecenderungan antiBarat.

Ia dinyatakan beberapa jam sebelum pembukaan besar-besaran Sukan Olimpik musim sejuk Beijing 2022 dalam penjajaran politik dan sukan.

Pakatan baharu Rusia-China adalah peringatan luar biasa bahawa temasya itu berlangsung di atas latar belakang persaingan geopolitik yang tidak kelihatan sejak 1980-an.

Amerika Syarikat memboikot temasya di Moscow dan Kesatuan Soviet menjauhkan diri dari Los Angeles empat tahun kemudian.

Kata kedua-dua pemimpin itu, percubaan berpengaruh sedemikian menimbulkan ancaman serius kepada keamanan dan kestabilan global.

Dalam kenyataan bersama Putin dan Xi juga, China menyokong gesaan Rusia sejak sekian lama supaya NATO menghentikan pengembangannya.

Kremlin pula berkata, ia menyokong penuh pendirian Beijing terhadap Taiwan dan menentang kemerdekaan Taiwan dalam apa jua bentuk.

Media Baharu