fb fb fb fb fb

COVID-19 : India mencatatkan 500,000 kematian


FOTO BERNAMA


INDIA, 5 Februari - Kadar kematian akibat COVID-19 di India mencecah 500,000 orang.

Bagaimanapun kajian mendapati jumlah sebenar maut akibat wabak adalah lebih tinggi.

Menurut penolong profesor di Institut Pengurusan India Chinmay Tumbe, kira-kira 3 juta kematian dicatat pada pertengahan tahun lalu selepas gelombang varian Delta melanda New Delhi.

Namun data itu tidak didedahkan kerajaan.

India kini berdepan gelombang ketiga COVID-19 membabitkan varian Omicron.

Keseluruhan kes jangkitan wabak di negara itu mencecah 41.95 juta, kedua tertinggi selepas Amerika Syarikat.- REUTERS

 

Media Baharu