fb fb fb fb fb

Pilihan Raya Umum Thai 14 Mei

(FOTO AFP)

BANGKOK, 23 Mac- Pilihan Raya Umum Thailand akan diadakan pada 14 Mei, pihak berkuasa mengesahkan hari ini, ketika Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha yang cuba memanjangkan tempoh beliau memegang kuasa yang telah berlanjutan hampir sedekad.

Bekas ketua tentera, Prayut yang menerajui rampasan kuasa pada 2014, berdepan pertarungan sengit menentang parti pembangkang utama, yang dipimpin oleh anak perempuan jutawan, Thaksin Shinawatra yang juga bekas Perdana Menteri.

Parti Pheu Thai pimpinan Paetongtarn Shinawatra dilihat mendapat sokongan meluas tetapi mungkin sukar untuk merebut jawatan perdana menteri kerana Perlembagaan 2017 yang digubal junta Thailand memihak kepada calon yang disokong tentera.

Kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pengundian akan diadakan pada 14 Mei, dengan undi awal pada 7 Mei.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas Prayut membubarkan Dewan Rakyat, langkah rasmi untuk mengadakan pilihan raya.

Kempen tidak rasmi telah dijalankan selama berminggu-minggu, dengan parti-parti menumpukan perhatian kepada isu ekonomi bagi mendapatkan sokongan 52 juta pengundi Thailand.

Dalam tinjauan pendapat yang diterbitkan Ahad lepas, hampir 50% daripada 2,000 responden berkata mereka akan mengundi Pheu Thai, dengan parti United Thai Nation pimpinan Prayut sekitar 12%. -AFP

(Prayut Chan-O-Cha bercakap kepada akhbar selepas mempengerusikan Jawatankuasa
Dasar dan Pentadbiran Beras Negara/File AFP)

 

Media Baharu