fb fb fb fb fb

Kempen pilihan raya Thailand diunjur jana AS$3.5 bilion

(FOTO REUTERS)

BANGKOK, 23 Mac- Kempen pilihan raya Thailand diunjur jana AS$3.5 bilion dan menaikkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu.

Pengarah Pusat Unjuran Ekonomi dan Perniagaan Universiti Dewan Perniagaan Thailand, Thanawat Polvichai berkata parti politik giat berkempen selepas tarikh pengundian ditetapkan pada 14 Mei.

120 bilion Bhat yang dijana semasa berkempen akan mendorong KDNK Thailand meningkat sebanyak empat peratus pada suku kedua.

Ekonomi Thailand dijangka berkembang tiga hingga empat peratus tahun ini.

Bagaimanapun, menurut Thanawat peningkatan kos pengeluaran dan inflasi boleh menjejaskan keuntungan dan mudah tunai sektor perniagaan, meskipun ekonomi dipercayai meningkat pada separuh kedua tahun ini. -REUTERS

(Thanawat Polvichai/Google)

Media Baharu