fb fb fb fb fb

Pilihan Raya UK: Undian ditutup, Ireland Utara diramal catat keputusan bersejarah

(Proses pengiraan undi di Dewan Perbandaran Wandsworth, London, Britain 5 Mei 2022/REUTERS)

LONDON, 6 Mei - Undian ditutup Khamis bagi pilihan raya tempatan dan serantau United Kingdom yang diramal mencatat keputusan bersejarah di Ireland Utara, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap Perdana Menteri Britain, Boris Johnson.

Pertandingan untuk menguasai majlis perundangan di Belfast boleh menyaksikan parti nasionalis pro-Ireland menang buat kali pertama dalam sejarah bergolak wilayah British.

Keputusan dijangka mula diperoleh hari ini.

(Perdana Menteri Britain, Boris Johnson/WIKIPEDIA)

Ia boleh mempunyai implikasi perlembagaan yang besar untuk masa depan empat negara UK, dengan parti Sinn Fein yang diramal menang, komited kepada pengundian mengenai penyatuan semula dengan Ireland.

Pengundi telah memilih majlis perundangan di Scotland, Wales dan sebahagian besar England, dengan Johnson menghadapi ujian populariti pertengahan penggal yang penting.

Keputusan buruk boleh mencetuskan semula rasa tidak puas hati dalam kalangan Konservatif yang memerintah tentang kepimpinannya, selepas beliau terpalit dengan beberapa skandal baru-baru ini.

Johnson, 57 tahun, meraih kemenangan besar dalam pilihan raya umum 2019 setelah berikrar untuk membawa UK keluar daripada Kesatuan Eropah dan menghentikan ketidaksamaan serantau yang berleluasa.

Walaupun menepati ikrar Brexitnya, sebahagian besar rancangan domestiknya dihalang oleh pandemik COVID-19.

Kedudukannya terancam ekoran kemarahan masyarakat tentang skandal "Partygate" yang melanggar perintah sekatan pergerakan pada 19 Jun 2020 dan kos sara hidup yang semakin meningkat. -AFP

Media Baharu