fb fb fb fb fb

Pilihan Raya Presiden :Bekas Datuk Bandar Mexico dahului saingan

Calon Presiden Mexico, Claudia Shienbaum / Foto Reuters

MEXICO CITY, 20 Mac - Bekas Datuk Bandar Mexico City, yang juga calon daripada parti pemerintah, Claudia Sheinbaum kekal mendahului saingan pada pilihan raya Presiden Mexico pada Jun depan menurut tinjauan umum pada Selasa.

Menerusi tinjauan yang diterbitkan oleh akhbar Mexico Reforma pada 6 dan 12 Mac lalu menerusi temubual dengan 1,000 orang dewasa.

Berdasarkan tinjauan berkenaan, Sheinbaum, yang mewakili Gerakan Penjanaan Semula Negara (MORENA) berhaluan kiri, mempunyai 58 peratus sokongan, manakala calon pakatan pembangkang Xochitl, Galvez mempunyai 34 peratus

Walaubagaimanapun, peratusan tersebut tidak termasuk kira-kira 17 peratus responden yang masih belum membuat keputusan untuk memilih calon yang disokong.

Sebelum ini, tinjauan serupa dilakukan oleh Reforma pada Disember lalu, menunjukkan Sheinbaum memperolehi 54 peratus undi dan Galvez mendapat 29 peratus pengundi.

Sheinbaum, seorang saintis berusia 61 tahun dan sekutu rapat Presiden Andres Manuel Lopez Obrador selama beberapa dekad, bakal menjadi wanita pertama yang memerintah negara itu sekiranya mendapat mandat pada Jun depan.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD