GAZA, 19 Mac- Sekurang-kurangnya 31,819 penduduk Palestin terbunuh di wilayah itu sepanjang tempoh peperangan antara Israel dan Palestin, sejak lebih lima bulan lalu.
Mangsa yang terkorban kebanyakannya adalah wanita dan kanak-kanak
Kementerian Kesihatan menerusi kenyataan berkata angka terbaharu termasuk sekurang-kurangnya 93 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.
Tambah kenyataan itu, seramai 73,934 orang mengalami kecederaan di Gaza sejak konflik Israel-Palestin pada Oktober tahun lalu.-AFP