DHAKA, 7 Januari- Pilihan Raya Bangladesh yang diadakan pada Ahad bakal memberikan mandat baharu buat kali kelima kepada Perdana Menteri, Sheikh Hasina selepas diboikot oleh parti-parti pembangkang susulan penangkapan secara besar-besaran terhadap pemimpin utama parti berkenaan oleh pihak kerajaan.
Hasina dilihat telah berjaya memacu pertumbuhan ekonomi luar biasa di negara yang dianggap sebagai antara termiskin di dunia.
Namun, kerajaan pimpinan Hasina itu turut dikritik berhubung pencabulan terhadap hak asasi manusia dan tindakan keras terhadap pembangkang.
Pada masa sama, parti yang diterajui Hasina, Liga Awami Bangladesh tidak mempunyai pesaing di setiap kerusi yang ditandingi tidak meletakkan calon dibeberapa kerusi bagi mengelak badan perundangan daripada dianggap sebagai 'negara satu parti'.
Beberapa pengundi yang ditemui berkata mereka diugut tidak disambung pembayaran kebajikan sekiranya tidak mengundi dan memilih parti Liga Awami Bangladesh.
“Mereka berkata mereka akan merampasnya daripada saya jika saya tidak mengundi,” Lal Mia, 64, memberitahu AFP.
"Mereka berkata kerana kerajaan memberi makan kepada kami, kami perlu mengundi mereka", tambahnya lagi.
Sebelum ini, Parti pembangkang seperti Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) dan parti lain telah mengadakan protes menuntut Hasina berundur sebelum pengundian diadakan.
Kira-kira 25,000 anggota pembangkang termasuk seluruh kepimpinan tempatan BNP telah ditangkap kata parti itu.
Politik di negara kelapan penduduk paling ramai di dunia itu telah lama didominasi oleh persaingan di antara Hasina, anak perempuan pemimpin pengasas negara itu, dan bekas Perdana Menteri dua kali Khaleda Zia, isteri kepada bekas pemerintah tentera.
Hasina yang menang dan kembali berkuasa sejak 2009 dengan tuduhan melakukan penipuan dan penyelewengan pada dua pilihan raya sebelum itu.
Manakala, Zia, 78, disabitkan dengan dakwaan rasuah pada 2018, kini dalam terlantar sakit di sebuah hospital di ibu negara dengan anaknya Tarique Rahman mengetuai BNP sebagai pengganti.
Rahman memberitahu AFP bahawa partinya, bersama-sama berpuluh-puluh yang lain, telah memboikot daripada menyertai "pilihan raya berkenaan yang dianggap sebagai palsu.
Hasina menuduh BNP melakukan pembakaran dan sabotaj semasa protes tahun lalu, yang menyaksikan beberapa orang terbunuh.
Pasukan keselamatan Bangladesh telah lama dibelenggu dengan dakwaan menggunakan kekerasan secara berlebihan, satu tuduhan yang dinafikan oleh Hasina.
Masalah ekonomi menyebabkan ramai rakyat yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Hasina, ekoran kenaikan mendadak kos makanan dan pemotongan bekalan elektrik seluruh negara selama berbulan-bulan pada 2022.
Penganalis ekonomi, Pierre Prakash dari Kumpulan Krisis Antarabangsa berkata kerajaan Hasina jelas kurang popular berbanding beberapa tahun lalu, namun rakyat Bangladesh mempunyai sedikit saluran sebenar di peti undi.-AFP