(Foto AFP)
DUBAI, 17 Ogos- Persediaan rapi dibuat pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, bagi membantu memudahkan perjalankan transit kepada penyokong yang tiba untuk menyaksikan Piala Dunia 2022, November depan.
Ini dinyatakan Ketua Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, Paul Griffiths, pada Rabu.
Piala Dunia pertama yang bakal diadakan di negara Asia Barat, Qatar ini akan bermula 20 November hingga 18 Disember.
Negara-negara Teluk telah bersetuju untuk memudahkan prosedur peralihan bagi mereka yang transit, khususnya melalui Emiriah Arab Bersatu (UAE).
"Kami sebenarnya sedang menyusun beberapa prosedur imigresen yang sepatutnya menjadikan peralihan antara kedua-dua negara itu menjadi lebih mudah," katanya kepada AFP.
(Paul Griffiths/AFP)
Tanpa menyatakan angka, Griffiths turut memberitahu akan ada banyak penerbangan setiap hari semasa Piala Dunia 2022, membawa peminat ke dan dari Doha, ibu kota Qatar, berikutan permintaan beberapa syarikat penerbangan.
"Saya juga menjangkakan ramai orang akan berulang-alik dan menikmati masa lapang mereka di Dubai dan berulang-alik hanya untuk perlawanan," tambahnya.