fb fb fb fb fb

Siri pengeboman, tujuh cedera, kebakaran di 17 lokasi selatan Thailand

(Foto AFP)

BANGKOK, 17 Ogos- Tujuh orang awam cedera dalam siri serangan bom dan letupan yang menyebabkan kebakaran besar di 17 kawasan di tiga wilayah di selatan Thailand.

Menurut pihak polis dan tentera, serangan berlaku selepas waktu tengah malam dengan menyasarkan kedai serbaneka dan stesen minyak.

Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan serangan dilakukan secara terancang, namun tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab.

Penyerang siri pengeboman kali ini menyamar sebagai wanita dan menunggang motosikal bagi melontarkan bom petrol ke lokasi yang disasarkan.

Pihak polis kini sedang mengumpul rakaman CCTV dan bukti lain, motif serangan belum diketahui.

(Menurut pihak polis dan tentera, serangan berlaku selepas waktu tengah malam
dengan menyasarkan kedai serbaneka dan stesen minyak/AFP)

Kapten Polis, Sarayuth Kotchawong, berkata beliau menerima laporan bahawa suspek memasuki kedai serbaneka di stesen minyak di wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat.

Wilayah selatan Thailand di sempadan Malaysia menyaksikan pemberontakan selama berdekad lamanya.

Sejak pemberontakan berlaku pada Januari 2004, lebih 7,000 orang terbunuh dan 13,500 yang lain cedera di selatan Thailand.-AFP

Media Baharu