fb fb fb fb fb

Pfizer unjur nilai jualan tahunan meningkat

FOTO AFP

NEW YORK, 9 Februari - Pfizer menjangkakan lebih 50 bilion Dolar nilai jualan vaksin COVID-19 tahun ini iaitu lebih dua kali ganda keuntungan tahunan.

Ia merangkumi 32 bilion Dolar bagi Comirnaty dan 22 bilion Paxlovid.

Manakala pendapatan 2022 diunjur antara 98 dan 102 bilion Dolar.

Ketua Eksekutif Pfizer Albert Bourla berkata, pihaknya kini sedang mengusahakan calon vaksin baharu bagi varian Omicron, serta rawatan oral generasi baharu wabak.

Beliau turut menjangkakan 120 juta Dolar, hasil bagi rawatan Paxlovid, dengan enam juta pada suku pertama dan 30 juta bagi separuh pertama 2022.

Ia susulan permintaan yang tinggi terhadap Paxlovid.

Setakat ini, rawatan tersebut telah diluluskan di 40 buah negara. -AFP

Media Baharu