FOTO AFP
FILIPINA, 9 Februari- Kempen pilihan raya Filipina bermula semalam dalam keadaan pandemik COVID-19 yang semakin meningkat.
Ia sekali gus memaksa ahli politik beralih kepada penggunaan media sosial.
Pilihan raya umum negara itu dijangka berlangsung pada 9 Mei depan.
Sebanyak 67.5 juta rakyat Filipina layak mengundi, termasuk 1.7 juta orang di luar negara bagi memilih Presiden, Naib Presiden, ahli politik dan 18,000 jawatan dalam kerajaan tempatan.
Anak perempuan Presiden Rodrigo Duterte, iaitu Sara Duterte bakal bertanding merebut jawatan Naib Presiden dalam pilihan raya kali ini.
Pada pemilihan 2016, media sosial menjadi akses penting dalam kempen pilihan raya yang berlangsung selama tiga bulan.
Namun, penggunaan media sosial bakal berdepan kesukaran memandangkan masalah berita palsu yang semakin berleluasa di Filipina sejak beberapa tahun lepas. -AFP