fb fb fb fb fb

Petugas kecemasan Palestin di Gaza rai perjanjian gencatan senjata

Petugas kecemasan Palestin di bandar Gaza meraikan pengumuman perjanjian gencatan senjata/ REUTERS

GAZA, 9 Oktober - Petugas kecemasan Palestin di bandar Gaza meniup siren dan bersorak kegembiraan pada Khamis selepas pengumuman perjanjian gencatan senjata serta pembebasan tebusan di bawah fasa pertama inisiatif Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk menamatkan perang di Gaza.

“Perasaan ini sukar digambarkan, kami tidak percaya ia benar-benar berlaku,” kata seorang anggota pertahanan awam.

Perjanjian itu mendapat sokongan terbuka Israel dan Palestin serta dijangka ditandatangani sekitar tengah hari di pusat peranginan pantai Sharm el-Sheikh, Mesir (9.00 pagi waktu tempatan), meskipun tiada pengesahan rasmi segera mengenai majlis tersebut.

Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memaklumkan gencatan senjata hanya akan berkuat kuasa selepas kelulusan Kabinet Israel yang dijadual bersidang pada pukul 5 petang.

Penyelaras tebusan Israel, Gal Hirsch berkata senarai banduan Palestin yang akan dibebaskan masih dalam proses dimuktamadkan.

Dalam pada itu, penduduk Gaza melaporkan siri serangan udara ke atas bandar Gaza sekitar waktu perjanjian itu sepatutnya ditandatangani. -REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN