LOS ANGELES, 1 Oktober - Pete Rose, raja hit sepanjang zaman Major League Baseball (MLB) dilaporkan meninggal dunia di usia 83 tahun di Las Vegas, pada Isnin.
Rose pernah mencatat rekod kerjaya MLB dengan 4,256 hit, 15,890 penampilan di piring, 3,562 permainan yang dimainkan dan 3,215 pukulan tunggal.
Pencapaian paling tinggi mendiang dalam kerjayanya adalah pada 11 September 1985 apabila beliau melakukan pukulan tunggal ke arah lapangan kiri dari pemain San Diego, Eric Snow, di Cincinnati untuk hit ke-4,192 memecahkan rekod hit sepanjang zaman yang sebelum ini dipegang oleh Ty Cobb, yang bermain dari 1905 hingga 1928.
Sepanjang 24 musim kerjayanya, Rose meraih tiga gelaran World Series pada tahun 1975 dan 1976 bersama-sama Reds dan pada tahun 1980 bersama-sama Philadelphia Phillies.
Sepajang kerjayanya Rose meraih 17 kali All-Star di lima posisi berbeza menjadi rekod pemain lapangan kiri dan kanan serta pemain pangkal pertama, kedua dan ketiga.
Beliau memenangi gelaran pemukul terbaik musim pada tahun 1968, 1969, dan 1973, serta meraih Anugerah Pemain Paling Berharga Liga Nasional.
10 tahun sebelum itu, Rose telah dinobatkan sebagai Rookie of the Year Liga Nasional.
Dikenali sebagai Charlie Hustle" kerana usaha keras dan ketekunannya wira veteran Cincinnati Reds terpaksa meninggalkan sukan itu selepas diharamkan kerana berjudi pada perlawanan.
Rose menafikan tuduhan tersebut, namun hanya tiga hari selepas Bart Giamatti mengambil alih jawatan sebagai pesuruhjaya MLB pada April 1989 pemimpin baru itu melantik peguam John Dowd untuk menyiasat berhubung perkara tersebut.
Pada 24 Ogos 1989, MLM meletakkan Rose dalam senarai tidak layak secara tetap dan Giamatti mengumumkan pengharamannya. - AFP