fb fb fb fb fb

3 maut, 15 cedera ditikam di Shanghai

GAMBAR HIASAN

SHANGHAI, 1 Oktober - Tiga maut, 15 yang lain cedera dalam serangan tikaman rambang menggunakan pisau di sebuah pasar raya di Shanghai, China.

Polis menerusi satu kenyataan mengesahkan, suspek lelaki yang dikenali sebagai Lin, 37 tahun telah ditahan selepas insiden yang berlaku malam Isnin.

Polis percaya suspek mengamuk disebabkan masalah kewangan peribadi.

18 mangsa digegaskan ke hospital selepas ditikam.

Tiga daripadanya meninggal dunia semasa menerima rawatan.

15 yang lain, mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawa. - AFP -

Trainee