fb fb fb fb fb

Qatar Airways beli 25% saham Virgin Australia

FOTO REUTERS

SYDNEY, 1 Oktober - Qatar Airways akan membeli 25 peratus kepentingan dalam syarikat penerbangan nombor dua Australia, Virgin Australia daripada firma ekuiti swasta AS Bain Capital.

Langkah itu bagi membolehkan syarikat penerbangan itu mendapat akses ke laluan penerbangan Australia. Bagaimanapun kos pembelian tidak diberitahu.

Pembelian kepentingan itu memberikan lebih banyak skala kepada Virgin Australia untuk meneruskan tawaran awam permulaan dan bersaing dengan lebih baik dengan Qantas Airways yang menguasai pasaran penerbangan domestik.

Perjanjian memerlukan kelulusan daripada kerajaan Australia yang sebelum ini menolak permintaan Qatar Airways untuk menambah perkhidmatan ke Sydney, Melbourne, Brisbane dan Perth.

"Kerjasama ini membawa elemen penting kepada strategi jangka panjang Virgin Australia," kata CEO Virgin Australia, Jayne Hrdlicka, dalam satu kenyataan.

Jualan saham tersebut juga berfungsi sebagai pelaburan asas menjelang jangkaan kembalinya Virgin Australia ke pemilikan awam, tambah syarikat-syarikat tersebut.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian dengan Qatar Airways, Virgin Australia merancang untuk mengadakan penerbangan dari Brisbane, Melbourne, Perth, dan Sydney ke Doha dengan pesawat sewaan menjelang pertengahan 2025, tertakluk kepada kelulusan daripada Australia. - REUTERS

TETITIA YUSOFF