fb fb fb fb fb

Perang Israel - Hizbullah : Pasukan pengaman PBB sukar laksana mandat

Anggota misi UNIFIL melakukan rondaan di Lubnan/FOTO AFP

NEW YORK, 1 Oktober - Pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan tidak dapat melakukan rondaan berikutan serangan bertubi-tubi Israel dan serangan roket Hizbullah yang menyasarkan Israel.

Jurucakap kepada Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric berkata, anggota 'helmet biru' UNIFIL masih kekal di kawasan misi masing-masing untuk melakukan pemantauan.

"Peningkatan serangan oleh kedua-dua pihak menghalang pergerakan dan keupayaan mereka untuk melaksanakan tugasan mandat," kata Dujarric dalam taklimat media di ibu pejabat PBB.

Misi pengaman bawah Resolusi 1701 Majis Keselamatan adalah membantu kerajaan Lubnan dan pasukan bersenjata mengawal selatan Sungai Litani, yang terletak kira-kira 30 kilometer dari sempadan dengan Israel.

Malah, sejak beberapa minggu lepas juga, beberapa anggota pengaman cedera dalam pertempuran antara Israel dengan Hizbullah.

Tterdapat lebih 10,000 anggota pengaman ditempatkan di Lubnan sejak 1978.

Peranan mereka bertambah selepas 33 hari konflik antara Israel dengan Hizbullah pada 2006. - AFP -

Trainee