fb fb fb fb fb

Angka kematian akibat Taufan Helene dijangka meningkat

FOTO REUTERS

VALDOSTA, 1 Oktober - Jumlah kematian akibat ribut yang melanda tenggara Amerika Syarikat meningkat kepada 118 pada Isnin, menjadikan bencana itu topik utama dalam kempen pilihan raya.

White House menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa mereka lambat bertindak terhadap bencana itu.

Presiden Joe Biden mengumumkan bahawa beliau akan mengunjungi Carolina Utara iaitu daerah terjejas teruk untuk memantau usaha-usaha menyeamat.

Biden juga menyangkal tuduhan bekas presiden Donald Trump yang mendakwa kerajaan persekutuan mengabaikan bencana yang dicetuskan Taufan Helene itu.

"Dia berbohong," kata Biden kepada wartawan di Oval Office, sambil menambah bahawa beliau telah bercakap dengan Gabenor North Carolina, Ray Cooper yang mengesahkan bahawa Trump berbohong. "Saya tidak tahu mengapa dia melakukannya... itu tidak benar, dan ia tidak bertanggungjawab."

Sekurang-kurangnya 118 orang terkorban akibat ribut dan banjir di North Carolina, 25 di South Carolina, 25 di Georgia, 14 di Florida, empat di Tennessee dan satu di Virginia, menurut laporan pihak berkuasa tempatan.

Pekerja kecemasan terus menjalankan pencarian terhadap ratusan mangsa yang masih hilang dan memulihkan bekalan air dan tenaga elektrik di kawasan yang terjejas, disamping menghantar bantuan kepada penduduk terlibat.

Angka kematian dijangka meningkat. - AFP

TETITIA YUSOFF