fb fb fb fb fb

Petani India teruskan protes, desak kerajaan setuju harga tanaman lebih tinggi

Foto Reuters

NEW DELHI, 16 Februari- Golongan petani di India akan meneruskan perjalanan ke New Delhi sebagai tanda meneruskan bantahan, mendesak kerajaan untuk menuntut harga lebih tinggi untuk tanaman mereka.

Situasi itu berlanjutan selepas rundingan ketiga dengan kerajaan di Chandigarh tidak memberikan hasil.

Rundingan tersebut dihadiri pemimpin kesatuan petani yang memprotes dan wakil-wakil kerajaan.

Namun, rundingan itu gagal mencapai kata sepakat mengenai harga minimum bagi pelbagai jenis tanaman.

Oleh itu, kesatuan petani akan mengadakan satu lagi pusingan rundingan dengan menteri-menteri kerajaan pada Ahad ini.

Terdahulu, beribu-ribu petani telah memulakan protes sejak awal minggu ini.

Para petani kekal berkhemah di sempadan antara negeri Punjab dan Haryana selepas dihalang memasuki ibu negara India oleh pasukan keselamatan.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM