CIUDAD DE PANAMA, 16 Februari- Sekurang-kurangnya empat individu maut selepas bot yang membawa 27 pendatang, terbalik di pantai Caribbean, Panama.
Pengesahan tragedi itu disahkan pihak berkuasa Panama, dengan dua lagi individu dilapor masih hilang.
Kenyataan Kementerian Keselamatan Awam memaklumkan, dua daripada yang terbunuh adalah wanita dan seorang lagi individu bawah umur.
"Kejadian berlaku Rabu lepas menyaksikan kebanyakan penumpang bot merupakan warga Afghanistan," kata kenyataan itu.
Panama menjadi lokasi transit utama bagi pendatang yang berharap untuk sampai ke Amerika Syarikat.- REUTERS