fb fb fb fb fb

Pesawat Nicaragua bawa lebih 300 warga India ditahan di Perancis

Lapangan Terbang Vatry/AFP

VATRY, 23 Disember- Sebuah pesawat ke Nicaragua yang membawa lebih 300 penumpang warga India telah ditahan di Perancis.

Menurut Pejabat Pendakwa Raya Awam Paris, pesawat itu disyaki membawa mangsa pemerdagangan orang.

Ia ditahan Khamis lalu atas maklumat daripada pihak yang tidak diketahui. Seluruh lapangan terbang telah dikepung oleh polis.

Pesawat tersebut berlepas dari Emiriah Arab Bersatu menuju ke Amerika Tengah.

Dalam perjalanan, ia mendarat di Lapangan Terbang Vatry untuk mengisi minyak. Lapangan terbang Vatry, terletak 150 kilometer (90 batu) timur Paris, kebanyakannya menyediakan perkhidmatan penerbangan tambang murah.

Sementara itu, laporan terkini menyebut, dua orang telah ditahan bagi membantu siasatan.

Suspek merupakan penumpang pesawat itu sendiri.-AFP

ROSLINA BINTI DIN